Tuesday 7 June 2011

Jenis Baka Dan Cara Jalan Permainan

Ayam Siam/Bangkok .....THAILAND
Ayam ganoi/saigon .....VIETNAM
Ayam Pama .....BURMA
Ayam Asil/Aseel


Ayam Siam atau Ayam Bangkok ialah ayam yang berasal dari negara Thailand..Ayam ini terkenal dengan gelaran ayam yang bijak dan tangkas mencari peluang mengalahkan lawan semasa dalam perlawanan..Ayam ini mempunyai kepandaian dari segi permainan kilas, pancing,lock, pukul urat,pukul patah  dan pelbagai lagi..Ciri ciri ayam terbaik jenis ini mesti di nilai dari  luaran ayam itu,permainanya yang pelbagai jalan mempunyai pukulan yang padu dan bijak mencari kelemahan lawannye ..

Ayam Ganoi atau Saigon ialah ayam yang berasal dari Negara Vietnam..Ayam ini adalah jenis baka yang paling besar dari jenis ayam batang kaki yang lain..Ayam ini terkenal dengan pukulannya yang paling deras dan ketahanannya yang paling baik..Ayam jenis ini kebiasanya mampu bertahan lama dalam perlawanan..Ciri ciri yang terbaik ayam jenis ini adalah ayam yang mempunyai  pukulan yang deras pukulan(tko) yang dapat menghentikan pegerakan lawan ,dapat bertahan  pkulan dari lawan dan ayam yang cepat mengalahkan lawannya..

Ayam Pama ialah ayam yang berasal dari negara Burma..Ayam jenis ini bersaiz paling kecil dari jenis ayam batang kaki yang lain..ayam ini terkenal dengan sepakannya yang laju dan kerap(kaki rajin)sepak muka,sepak paruh,pukul sendi dan pukul tepat..Pukulan Kakinya yang berbisa menyebabkan ayam ini dapat memenangi perlawanan dengan cepat..kebanyakan ayam jenis ini berlawan dengan cara berdepan sepak undur dan lau,pandai menjaga kepala dan tidak suka berlawan secara rapat..Ayam ini yang terbaik mempunyai ciri luaran yang cukup,pergerakan semasa berlawan yang bijak,pukulan yang berisi(berbisa) dan cepat melemahkan  lawan..

 Ayam Asil atau Aseel ialah ayam yang berasal dari  kebanyakan negara seperti di negara India,pakistan,Iran,bangladesh,dan pelbagai negara yang berhampiran dengannya..ayam jenis ini mempunyai struktur tulang yang kasar ,badan yang tegap mempunyai ketahanan yang baik dan pkulan yang sangat deras..cara ayam ini berlawan adalah secara berdepan ketip kepala pukul dan sepak depan..ciri ciri ayam terbaik adalah ayam yang dapat bertahan dengan  pukulan dari lawan dan mempunyai  pkulan(ping) yang dapat mengalahkan lawan..
           ( INI ADALAH FAKTA KAJIAN KAMI SENDIRI JIKA TERSILAP BERI LAH KOMEN)
 (bakabenihayam.blogspot.com)

2 comments:

  1. Mantop bro. Buat la baka utk trademark ayam laga malaysia. Mix ayam hutan dgn ganoi ke... Ciri2 tempatan.

    ReplyDelete